farhan

malam makin ditenggalami dengan pekat malam. mata masih mahu berjaga malam ini. terkenang. suara yang petang tadi aku dengar. stress betul. risau. aku risau kau kat tempat orang. risau kau penat sangat. risau kau tak selesa. lagi risau kalau awek usha kau. hahahaha.

rindu. rindu yang tak pernah hilang. jauh atau dekat engkau dengan aku. hari hari tetap nak rindu. kata orang kalau bahagia jangan ditunjuk. aku tak tunjuk. aku simpan. sebab kau lain. lain dari yang lain. sayang tu yang beriye sangat. rindu tu mesti hari hari. cinta tu dalam dalam. perasaan yang tak boleh nak diceritakan inti dalamnya. kadang kadang aku nak cakap hari hari terima kasih. sebab pandai jaga aku. walaupun tak sebaik keluarga aku. kau sabar. layan kan perangai aku. aku suka marah marah. kau suka buat lawak bodoh. kau lebih suka memerhati. aku tak. aku rebel. aku suka ikut kepala aku. kita lain. tapi lain tu yang sama kan kita. kau selalu pesan doa kan untuk kita. terima kasih. sebab sungguh sungguh. terima kasih sebab ikhlas. memang takdir itu aku sendiri tak pasti. kita cuba usaha. kalau kita bukan untuk kita. aku cuma mahu yang terbaik. dan hari hari aku cuma harap yang.. 
"Tuhan berikan aku jumpa kau. aku cuma mohon jangan diambil kau kemudian." 

Popular Posts