syukur

Ada setengah perkara kita tak perlu tanya kenapa
Kenapa ianya terjadi
Bagaimana?
Dan kenapa mesti pada kita

Tarik . Tahan. Lepas.


Setiap satu saat hembusan nafas

Setiap satu saat udara kau percuma hirup
Tidak pula kau tanya kan mengapa?

Sebaliknya

Semudah itu kau mengeluh bila bau nya asing dari biasa
Busuk tak mahu, wangi keterlaluan juga benci

Jarang sekali dengar rasa puas

Apa lagi rasa syukur kau ucap.

Popular Posts